BACHOK – Hanya tinggal jari kelingking tangan kanan tidak menghalang seorang pemuda untuk menyertai bidang automotif menerusi Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET). Ahmad Ezzad Syukran Sukimi, 20, kehilangan empat jarinya ketika dia berusia tiga tahun akibat terkena letupan mercun. Dia kini merupakan seorang pelatih Institut Kemahiran Tinggi Belia Negara (IKTBN) Bachok dalam kursus Semburan Cat di bawah Sijil Kemahiran Malaysia (SKM). Anak jati Kampung Pauh, Jalan Pantai Cahaya Bulan dekat Kota Bharu itu merasakan bahawa kekurangan fizikalnya itu……














