fbpx
Antara warga asing yang ditahan dalam operasi khas imigresen, semalam.

Sindiket palsu dokumen ke-4 ditumpaskan imigresen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Menggunakan pasport palsu yang telah diubah suai dan ahli sindiket akan hadir ke klinik untuk menjalani pemeriksaan Agensi Pemantauan dan Pemeriksaan Perubatan Pekerja Asing (FOMEMA).

Itu modus operandi sindiket pelmasuan dokumen yang berselindung di sebalik kediaman mewah bagi mengaburi pihak berkuasa.

Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban berkata, kegiatan itu terbongkar menerusi operasi khas yang dijalankan di sekitar Jalan Chemur dan Jalan Ipoh, semalam.
Menurutnya, operasi bermula pukul 12.35 tengah hari melibatkan sepasukan pegawai dan anggota pelbagai pangkat dari Bahagian Perisikan dan Operasi Khas, Ibu Pejabat Imigresen Putrajaya.

“Berdasarkan maklumat risikan selama dua minggu, pasukan operasi berjaya menahan seorang lelaki warga Bangladesh dikenali Rayhan dipercayai ‘dalang utama’ serta lima lelaki warga Bangladesh disyaki ahli sindiket.

“Semakan mendapati empat warga asing tersebut termasuk ‘dalang utama’ telah tinggal lebih masa, manakala dua orang lagi tidak memiliki dokumen perjalanan yang sah untuk berada di negara ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Zakaria berkata, sindiket terbabit menyasarkan warga asing yang tidak sihat atau ‘unfit’ untuk menjalani pemeriksaan FOMEMA.

Katanya, mereka dipercayai telah beroperasi sejak enam bulan lepas dan ini merupakan tangkapan kali keempat tahun ini.

“Sindiket ini menggunakan gambar ahli sindiket, manakala maklumat peribadi pelanggan dan nombor asal pasport pelanggan dimasukkan dalam pasport palsu bagi tujuan saringan kesihatan di klinik.

“Bayaran yang dikenakan adalah sebanyak RM100 hingga RM250 bagi setiap pasport palsu dan saringan kesihatan di klinik,” ujarnya.

Dalam pada itu, beliau berkata, pasukan operasi telah menyita sebanyak 73 naskhah pasport pelbagai negara yang disyaki palsu.

“Imigresen turut menyita satu set komputer dan peralatan yang digunakan dalam kegiatan ini,” jelasnya.

Tambahnya, kesemua yang ditahan berusia di antara 23 hingga 45 tahun disiasat di bawah Seksyen 15(4), Seksyen 6(3) Akta Imigresen 1959/63 dan dibawa ke Pejabat Imigresen Putrajaya untuk tindakan lanjut. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN