fbpx
Muhammad Amirul (tengah) dipenjara enam bulan kerana mengugut mencederakan adiknya di Mahkamah Majistret Kuala Terengganu, hari ini.

Ugut tetak adik perempuan dengan parang, penganggur dipenjara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA TERENGGANU – Gara-gara mengugut adik perempuan dengan parang kerana berang ditegur membuat bising pada Sabtu lalu, seorang penganggur dijatuhi hukuman penjara enam bulan oleh Mahkamah Majistret, di sini hari ini.

Majistret Iffah Nabihah Mohd Ishak menjatuhkan hukuman demikian selepas tertuduh, Muhammad Amirul Fakhruddin Aminuddin, 32, membuat pengakuan bersalah sebaik pertuduhan dibacakan.

Berdasarkan pertuduhan, Muhammad Amirul Fakhruddin didakwa mengugut mahu menetak adik perempuannya berusia 20 tahun dengan sebilah parang.

Perbuatan dengan niat mahu menimbulkan ketakutan terhadap mangsa itu didakwa dilakukan tertuduh di rumah mereka di Kampung Wakaf Chagak, Batu Rakit, Kuala Nerus dekat sini pada pukul 8 malam, 6 Disember lalu.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Ely Nazihah Ahmad Yunus manakala Muhammad Amirul Fakhruddin pula diwakili peguam Azlina Jaafar daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN