fbpx
Perlawanan antara Penang FC dan Selangor FC di Stadium Bandaraya, Ahad lalu ditangguh seketika ekoran masalah teknikal, Ahad lalu.

‘Pengulas sukan sudah hubungi Kipre, mohon maaf’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GEORGE TOWN – Pengulas sukan di sebuah stesen televisyen tempatan dikatakan sudahpun menghubungi penyerang import pasukan Penang FC berhubung isu gurauan berbaur rasis ketika siaran langsung perlawanan Liga Super menentang Selangor FC, Ahad lalu.

Perkara itu dimaklumkan pihak pengurusan Penang FC menerusi laman sosial Facebook pasukan itu, sebentar tadi.

“Penang FC ingin merakamkan kehampaan kami berhubung kata-kata yang berbaur rasis terhadap penyerang Penang FC, Tchetche Kipre oleh pengulas, Azlan Johar ketika siaran langsung perlawanan bola sepak Liga Super antara Penang FC dan Selangor FC pada Ahad lalu.

“Penang FC mengambil maklum bahawa Azlan Johar telah menghubungi Tchetche Kipre and telah memohon maaf.

“Kesopanan dan Kesusilaan ialah prinsip kelima Rukun Negara yang menekankan tingkah laku berbudi bahasa dan saling menghormati antara individu dalam masyarakat majmuk dan apa-apa kata-kata berbaur rasis hendaklah ditolak dengan sepenuhnya dan tidak harus dinormalisasikan,” katanya di sini, hari ini.

Menurut kenyataan itu lagi, Penang FC kekal komited untuk memperbaiki kelemahan skuad Harimau Kumbang dan tidak akan membiarkan perkara yang berlaku menjejaskan semangat pasukan.

Terdahulu, Kosmo! Online melaporkan, Pengurus Besar Penang FC, Jeffrey Chew tidak mahu memanjangkan isu tersebut sejurus permohonan maaf secara terbuka dibuat pengulas terbabit, malam tadi.

Namun, beliau berharap agar isu sama tidak berulang lagi demi menjaga sensitiviti semua pihak terutama pemain termasuk penyokong pasukan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI