fbpx
Bomba sedang memadamkan kebakaran babitkan kereta jenis BMW di Lebuh Raya Besraya, Kuala Lumpur malam ini. - GAMBAR JBPM

Pemandu terselamat, kereta BMW 328i musnah terbakar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Pemandu kereta jenis BMW 328i berjaya menyelamatkan diri selepas kenderaannya terbakar dalam kejadian di Kilometer 13.4 Lebuh Raya Besraya arah Kuchai Lama, di sini malam ini.

Jabatan Bomba dan Penyelamat Kuala Lumpur dalam kenyataan berkata, panggilan kecemasan diterima pada pukul 8.21 malam sebelum pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat Bandar Tun Razak digerakkan ke lokasi kejadian.

“Keseluruhan kereta BMW didapati sedang marak terbakar dan kebakaran melibatkan 100 peratus bahagian kenderaan serta tiada mangsa terlibat,” katanya, di sini malam ini.

Tambahnya, punca kejadian serta anggaran kerugian masih dalam siasatan.

Kosmo! sebelum ini melaporkan kesesakan trafik di berlaku di Lebuh Raya Besraya, KM 13.4 arah selatan dari Salak Jaya menuju Persimpangan Kuchai apabila sebuah kereta terbakar dilaporkan terbakar.

Lembaga Lebuhraya dilapor berkata, insiden itu yang berlaku sekitar pukul 8.39 malam, menyebabkan lorong kiri dan lorong tengah terhalang. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN