fbpx
ALVN akan pakai earplug bagi mengurangkan bunyi bising. - foto ISKANDAR ISHAK

‘Mudah gigil, gagap kalau pergi majlis ramai orang’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Pelakon dan penyanyi Alvn mengakui sukar untuk bergaul atau bergerak aktif dalam dunia seni memandangkan dirinya seorang yang introvert.

Alvn atau nama lengkapnya Alvin Chong Chean Wah, 34, akan memakai alat seperti earplug bagi mengurangkan bunyi bising untuk mengawal rasa anxiety ketika berada di tempat awam atau acara besar.

“Susah sebenarnya (introvert). Kadang-kadang nak pergi sidang media atau acara yang ramai orang saya akan anxiety tau, ini tak tipu.

“Rasa gigil dan akan gagap sebab itu suara saya macam bergetar. Jadi saya akan pakai alat untuk ‘noice cancellation’ supaya dapat sekat suara kalau kuat sangat.

“Jaranglah nampak saya pergi acara sebab saya kan bangsa Cina, dalam bidang ini Melayu lebih aktif. Kalau dalam sesebuah acara saya rasa tak layak berada di situ, jadi macam ‘pisang’,” katanya kepada Kosmo! Online semasa program Hello Putrajaya di IOI Putrajaya, baru-baru ini.

Berkongsi lanjut, pelakon drama Jika Itu Salahku itu lebih selesa untuk tidak berborak dengan orang sekeliling terutama apabila berkunjung ke mana-mana acara.

“Saya akan buat hal sendiri, saya akan salam dan beramah mesra dengan orang. Kalau tidak mahu borak, tak mengapa lagi bagus sebab saya tak tahu nak borak apa.

“Kadang-kadang rasa ‘krik krik’, saya pergi tandas sekejap. Itulah susahnya kalau jadi seorang yang introvert,” ujarnya.

Sebelum ini, Alvn pernah berkongsi dengan Kosmo bahawa dia lebih tenang menyendiri malah sejak pandemik, dia semakin tertutup dan selesa berkurung di rumah.

Dia juga pernah memaksa diri menjadi sosial hanya kerana mahu diterima masyrakat. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN