fbpx
SALAH hilang sabar apabila mendedahkan ketidakpuasan hatinya kerana sering memanaskan bangku simpanan musim ini. - AFP

Liverpool mesyuarat ‘singkirkan’ Salah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

LIVERPOOL – Pergolakan dalaman Liverpool memasuki episod baharu apabila pengurus, Arne Slot digesa agar menggugurkan pemain sayap, Mohamed Salah daripada skuad utama untuk perlawanan akan datang.

Slot dan pihak pengurusan dilaporkan mengadakan mesyuarat tergempar berhubung kenyataan kontroversi dilakukan bintang Mesir itu selepas The Reds dikejutkan keputusan seri 3-3 menentang Leeds United dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) kelmarin.

Salah mungkin akan diketepikan daripada skuad utama di kala Liverpool berdepan aksi cukup penting menentang Inter Milan dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah (UCL) di San Siro awal pagi esok.

Penyokong-penyokong The Reds wajar berasa risau dengan perkembangan tersebut memandangkan mereka amat memerlukan tiga mata ketika menentang Inter bagi memperbaiki kedudukan dalam carta liga UCL.

Ketika ini, Liverpool menghuni tangga ke-13 dengan sembilan mata dan mereka perlu berada dalam kelompok lapan teratas sekiranya mahu melangkah ke pusingan 16 pasukan terbaik secara automatik.

Terdahulu, Salah mengeluarkan kenyataan kontroversi apabila mendakwa pihak pengurusan cuba memberikan tekanan kepadanya supaya meninggalkan pasukan itu selain mengakui hubungan dengan Slot sudah berantakan.

Ia berikutan keputusan Slot untuk meletakkan Salah di bangku simpanan dalam tiga perlawanan berturut-turut sebelum ini selain menyaksikan bekas pemain terbaik Afrika itu hanya beraksi 45 minit.

Dalam pada itu, ada juga dakwaan mengatakan terdapat dua kem berbeza di Anfield ketika ini, iaitu yang mendesak supaya Salah dijual dan juga pihak yang mahu melihat Slot dipecat. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN