fbpx
Perlawanan antara Penang FC dan Selangor FC di Stadium Bandaraya, Ahad lalu ditangguh seketika ekoran masalah teknikal.

‘Kami hanya mahu mohon maaf tapi selepas ini….’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

GEORGE TOWN – “Dari awal lagi, kami hanya mahu permohonan maaf terhadap pemain dan pasukan Penang FC”.

Demikian menurut Pengurus Besar Penang FC, Jeffrey Chew berhubung isu seorang pengulas stesen televisyen tempatan yang telah mengeluarkan komen berbaur perkauman terhadap seorang pemain import skuad Harimau Kumbang.

Beliau berkata, pihaknya ketika ini enggan memanjangkan isu tersebut sejurus permohonan maaf secara terbuka dibuat pengulas terbabit malam tadi.

“Tetapi untuk perlawanan seterusnya, kami akan menyampaikan mesej tegas bahawa tiada toleransi terhadap isu perkauman dan keganasan.

“Bahaya (komen berbaur perkauman di padang) kerana sikap rasis berlaku terlalu kerap. Penang FC tidak sesekali kecewa namun berharap perkara sama tidak berulang demi menjaga sensitiviti semua pihak,” katanya kepada Kosmo! di sini, malam tadi.

Jelas beliau, pihaknya juga sudah melaporkan perkara terbabit kepada pihak Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) berhubung perkara terbabit.

Terdahulu, pengulas sukan yang dikaitkan dalam kontroversi berkenaan telahpun membuat permohonan maaf secara terbuka terhadap Penang FC, stesen televisyen tempatan dan pemain import terbabit di media sosial miliknya malam tadi.

Kejadian berlaku pada aksi Liga Super antara Penang FC dan Selangor FC yang berlangsung di Stadium Bandaraya di sini, Ahad lalu, ketika perlawanan ditangguhkan akibat masalah teknikal.

Situasi itu dipercayai dirakam penyokong pasukan ketika perlawanan ditayangkan siaran langsung, yang mana pengulas tersebut telah mengeluarkan komen berkait masalah lampu limpah dengan warna kulit penyerang Harimau Kumbang, Tchetche Kipre.

“Tapi kita masih boleh nampak Kipre ya,” kata pengulas tersebut sambil ketawa. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN