fbpx
Tangkap layar daripada akaun milik pempengaruh berkenaan yang mendakwa menerima jemputan merasmikan program akademik sebuah sekolah di Kedah, baru-baru ini.

JPN Kedah siasat pempengaruh rasmi majlis akademik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

ALOR SETAR – Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Kedah menjalankan siasatan berhubung tindakan sebuah sekolah di negeri ini yang menjemput seorang pempengaruh media sosial untuk merasmikan majlis anugerah akademik, baru-baru ini.

JPN negeri memaklumkan pihaknya memandang serius perkara tersebut dan tidak akan berkompromi dengan mana-mana individu atau pentadbir sekolah yang didapati melanggar peraturan sedia ada.

“JPN Kedah memandang serius isu jemputan seorang pempengaruh media sosial merasmikan majlis anugerah akademik di sebuah sekolah di negeri ini.

“Siasatan sedang dijalankan dan tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang didapati tidak mematuhi peraturan yang sedang berkuat kuasa,” katanya di sini, hari ini.

Katanya, JPN negeri mengingatkan semua pentadbir sekolah untuk memastikan jemputan kepada pihak luar mematuhi garis panduan.

“Tetamu yang dijemput perlu menjadi contoh yang baik selari dengan hasrat yang terkandung dalam Falsafah Pendidikan Negara,” tambahnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN