fbpx
Gambar hiasan.

Banjir Aceh: Operasi SAR cari rakyat Malaysia diteruskan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Operasi mencari dan menyelamat (SAR) bagi mengesan seorang rakyat Malaysia yang dilaporkan hilang susulan kejadian tanah runtuh di Padang Panjang masih diteruskan dan kini memasuki hari ke-15.

Kementerian Luar Negeri berkata, usaha pencarian itu masih diteruskan dan Konsulat Jeneral Malaysia di Medan terus menyediakan bantuan konsular kepada keluarga mangsa selain berhubung rapat dengan pihak berkuasa Indonesia.

Terdahulu, operasi SAR mencari seorang rakyat Malaysia, Asrul Nizam yang dipercayai tertimbus dalam runtuhan di Padang Panjang masih belum menemui sebarang petunjuk.

Difahamkan, pencarian ke atas Asrul Nizam kini difokuskan di kawasan tebing sungai serta runtuhan berhampiran Jambatan Kembar.

“Sementara itu, seorang wanita warga Malaysia berusia 64 tahun yang sebelum ini tidak dapat dihubungi di Aceh telah disahkan selamat dan telah kembali ke Malaysia pada 8 Disember berdasarkan maklumat daripada keluarganya.

“Pada masa ini, tiada laporan baharu mengenai rakyat Malaysia yang hilang atau terjejas oleh situasi yang sedang berlaku.

“Rakyat Malaysia yang berada atau sedang melalui kawasan terjejas dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada, memberi perhatian kepada perkembangan cuaca dan mematuhi arahan yang dikeluarkan oleh pihak berkuasa Indonesia,” katanya dalam satu kenyataan di sini tadi.

Kementerian Luar Negeri berkata, pihaknya turut menggesa rakyat Malaysia untuk mendaftarkan diri dengan pejabat perwakilan Malaysia terdekat dan mengekalkan komunikasi berkala dengan ahli keluarga.

“Mana-mana rakyat Malaysia yang memerlukan bantuan atau keluarga yang tidak dapat menghubungi saudara-mara di kawasan terjejas, digalakkan untuk segera menghubungi Konsulat Jeneral,” katanya.

Pada masa sama, Kementerian Luar Negeri, melalui Konsulat Jeneral Malaysia di Medan terus memantau perkembangan susulan banjir besar dan kejadian tanah runtuh yang melanda Aceh, Sumatera Barat dan Sumatera Utara.

“Pihak berkuasa Indonesia melaporkan bahawa akses ke beberapa kawasan yang sebelum ini terputus telah bertambah baik, seterusnya membolehkan pasukan SAR memasuki lebih banyak lokasi.

“Keadaan banjir di beberapa kawasan terjejas juga semakin stabil, dengan beberapa daerah memasuki fasa pemulihan awal.

“Namun begitu, beberapa kawasan pendalaman, khususnya di Aceh Tamiang, Sumatera Barat dan wilayah Tapanuli, masih berdepan kekangan akses, bekalan asas serta pemulihan perkhidmatan penting,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI