fbpx
Tangkap layar memaparkan hantaran yang dimuat naik oleh Nidzam Jamil di laman Facebook.

[VIDEO] Boleh kritik prestasi tetapi jangan petik ‘ibu bapa’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – “Boleh kritik saya tetapi keluarkan kata-kata kesat kepada ibu bapa dan keluarga saya itu melampau”.

Itulah keluhan jurulatih Negeri Sembilan FC (NSFC), Nidzam Jamil yang kecewa dengan penyokong skuad negeri itu yang melemparkan kata-kata melampau itu sehingga menimbulkan suasana tegang selepas aksi menentang Melaka FC dua hari lalu.

Terdahulu tular di media sosial video yang menunjukkan Nidzam berbalas kata-kata dengan sekumpulan penyokong NSFC sejurus tamat perlawanan tersebut.

Dalam kenyataan di Facebook, Nidzam menegaskan bahawa dia boleh menerima kritikan terhadap prestasi pasukan, namun mengecam keras tindakan segelintir penyokong yang didakwanya melemparkan kata-kata kesat kepada keluarga dan ibu bapanya.

Menurutnya, tindakan itu sudah melampau dan tidak wajar dilakukan terutama apabila di hadapan kanak-kanak.

“Saya seorang jurulatih, namun saya juga seorang suami,bapa dan anak. Jangan ‘normalise’ kan makian di depan anak-anak kecil kerana ia akan jadi ikutan negatif,” ujarnya.

Faliq Firdaus, CEO Negeri Sembilan FC, dalam satu hantaran di X, menyatakan bahawa insiden berkenaan boleh dielakkan dengan pengurusan emosi yang lebih baik.

“Telinga nipis. Kita perlukan pengurusan emosi yang lebih baik. Kita mesti bangkit, tiada keraguan.

“Tiada alasan untuk kekalahan ini. Kita semua sedar tentang perkara itu,” ujarnya.- KOSMO! ONLINE

@ultrajangtv Kekecohan di Stadium Hang Jebat sebentar tadi. Kelihatan ada ketegangan diantara Nidzam Jamil dan penyokong @Negeri Sembilan Football Club . Apa sudah jadi? #nsfc #ligasupermalaysia #melakafc #nidzamjamil #ultrajangtv ♬ original sound – UltrajangTV

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN