fbpx
Tangkap layar memaparkan hantaran oleh Jojo di laman media sosial yang memerli kekalahan Yusuf ke atas Yunus malam tadi.

[VIDEO] Bila dah cuba baru tahu – Jojo

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Bintang Muay Thai negara, Johan Ghazali atau Jojo menyindir Yusuf Azmi selepas kekalahannya dalam acara kemuncak Warzone World Championship (WWC) malam tadi.

Yusuf, pengasas Persatuan Pengguna Semboyan Malaysia, tumbang kepada petinju Indonesia, Yunus Martin menerusi kemenangan teknikal knockout (TKO) dalam pertarungan yang berlangsung di N9 Arena, Nilai.

Dalam satu hantaran yang dimuat naik di laman media sosial, Jojo secara bersahaja memerli Yusuf atas kekalahannya pada malam tadi.

“Bila bercakap semua boleh buat, bila dah cuba baru tahu,” ujarnya.

Terdahulu, Jojo menerusi satu hantaran komen pernah menegur penyertaan Yusuf dalam kejohanan itu dan mendakwa kehadirannya hanya menjejaskan imej seni tempur tempatan.

“Sudah-sudahlah memalukan sukan ni pak cik. Kalau orang tua perangai macam budak, siapa nak hormat? Kami bangunkan Muay Thai dari kosong, bukan untuk drama murahan,” katanya.

Tidak berdiam diri, Yusuf membalas sindiran itu dan menegaskan bahawa Jojo tidak perlu bersuara jika kejohanan Warzone tidak ditaja pihak Jojo sendiri.

“Kalau acara ini ada guna dana awak, maklumkan. Tapi kalau tiada, lebih baik jaga urusan awak sendiri. Warzone tak pernah ganggu hidup awak,” katanya menerusi satu hantaran.

Yusuf turut mempertahankan penganjuran Warzone sebagai platform anak muda menunjukkan bakat dalam sukan tempur dan bukan untuk menyaingi mana-mana organisasi sedia ada.- KOSMO! ONLINE

@johanghazali7🤫

♬ original sound – JohanGhazali1

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI