fbpx
Menyambut ulang tahun kelahiran ke-33, balasan ucapan selamat hari jadi Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq kepada penyanyi dan pelakon, Bella Astillah meraih tumpuan netizen.

Terima kasih sentiasa ada, awak paling baik hati – Syed Saddiq

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Menyambut ulang tahun kelahiran ke-33, balasan ucapan selamat hari jadi Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq kepada penyanyi dan pelakon, Bella Astillah meraih tumpuan netizen.

Syed Saddiq atau nama lengkapnya Syed Saddiq Syed Abdul Rahman berkata, dia menghargai kehadiran Bella yang disifatkan selalu di sisinya dalam setiap situasi.

“Formalnya nak ber-YB (Yang Berhormat). Awak paling baik hati dan manis. Terima kasih kerana sentiasa bersama saya pada waktu susah dan senang,” katanya dalam hantaran Instagram.

Ahli Parlimen Muar itu memuat naik semula perkongsian foto status wanita terbabit menerusi laman sosialnya bersama kapsyen manis.

Sebelum itu, wanita yang dikatakan rapat dengannya menyertakan beberapa gambar serta video sepanjang mereka melakukan aktiviti berdua.

“Semoga hari mendatang lebih bermakna. Dipenuhi kehangatan dengan dikelilingi orang baik. Awak berhak menikmati segala yang baik. Insya-Allah,” tulis Bella.

Menjengah ruangan komen ramai pengikut menganggap tindakan Saddiq menghargai ucapan Bella sebagai perbuatan manis dan istimewa.

Tidak kurang juga peminat tegar BASS mula membuat spekulasi hubungan mesra sudah ke fasa serius untuk jenjang pelamin selepas Syed Saddiq turut menyertakan emoji hati.

“YB sekarang tak ada cover-cover lagi ya. Argghh tak sabar tunggu majlis BASS,” tulis seorang netize

“Mesti dah tak lama (kahwin), dah ada dalam perancangan. Tunggu masa saja nak umumkan,” kata pengikut lain. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN