Saudara pengarang, Pada masa ini, banyak pusat beli-belah menaik taraf sistem parkir di tempat masing-masing bagi memudahkan pengguna berurusan dengan lebih cepat dan berkesan selain menjimatkan masa mereka. Menerusi sistem terbaharu itu, palang parkir automatik akan segera terbuka ketika kenderaan melaluinya dengan hanya merakam nombor kenderaan. Pengguna hanya perlu menggunakan kad Touch & Go atau pembayaran automatik sebelum keluar daripada premis berkenaan dan ini memudahkan mereka kerana tidak perlu menunggu lama seperti sebelum ini. Lain pula halnya dengan palang parkir…














