fbpx
MUNCUL dengan single baharu, seperkara lagi yang sedang mendakap emosi Sissy Imann ketika ini adalah perancangan menamatkan zaman bujang dalam masa terdekat. – FIRDAUS JOHARI

‘Kebaya bukan pakaian semata-mata, ini lambang diri saya’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

DALAM landskap muzik tanah air yang tidak pernah sunyi daripada kelahiran karya segar, muncul satu nama yang tetap setia memahat ruangnya sendiri iaitu Sissy Imann. 

Hadir penuh misi seni, penyanyi berbakat besar itu memilih jalan lebih matang apabila meluncurkan karya baharu berjudul Dengan Kamu, naskhah yang sarat perasaan serta hela nafas peribadi.

Selepas kejayaan single Passenger Princess pada Februari lalu, Sissy kembali dengan karya lebih reflektif, seolah-olah mengajak pendengar menyelami sisi dirinya yang berkembang sebagai wanita, penyanyi dan komposer. 

Lagu Dengan Kamu disempurnakan dalam tempoh sebulan, merangkumi keseluruhan proses penulisan hingga produksi. 

Karya tersebut lahir daripada gabungan kreatif wanita berusia 30 tahun itu bersama Affan Mazlan, dengan lirik ditulis sendiri sepenuhnya, manakala produksi muzik dipikul kedua-duanya sebagai penerbit bersama.

Kendatipun sibuk menggalas komitmen mengendalikan sebuah program terbitan RTM, KLTV sejak awal tahun, pemilik nama sebenar Sissy Imann Mohammad Kamil itu tetap kembali ke studio untuk melahirkan karya lebih dekat dengan jiwa. 

Dengan Kamu menjadi penanda kepulangannya ke dunia muzik dengan identiti baharu, lebih lembut, jujur dan dewasa.

Ujar pemegang ijazah Sarjana Muda Perguruan itu, dia mahu karya baharu ini mencerminkan sisi sebenar hati seorang wanita yang sedang merawat, belajar dan mencintai perjalanan hidup.

Dengan Kamu ditulis dari ruang paling peribadi dalam diri saya.

“Perjalanan lagu ini tidak panjang, tetapi setiap baris lirik membawa makna tersendiri.

“Saya mahu peminat rasa dekat dengan cerita yang ingin saya sampaikan,” katanya kepada HibGlam.

Dalam visualizer rasmi, Sissy tampil mengenakan kebaya sebagai simbolik warisan Baba Nyonya keluarganya dari Melaka. 

Pemilihan busana tradisi itu tidak hanya untuk kecantikan visual tetapi juga sebagai penghormatan kepada akar budaya yang membesarkan dirinya. 

Gaya tersebut menyuntik nilai autentik pada konsep keseluruhan lagu, menjadikan visualizer Dengan Kamu lebih lembut dan bermakna.

Paling penting ujar bakal pengantin yang bakal melangsungkan perkahwinan bulan ini itu, latar visual bukan hadir tanpa tujuan, malah setiap elemen dirangka bagi menguatkan cerita disampaikan melalui lagu tersebut.

“Saya mahu visualizer terasa seperti hela nafas asli kehidupan saya. Kebaya itu bukan pakaian semata-mata, tetapi lambang siapa saya dalam keluarga.

“Semua elemen disusun untuk membuat peminat memahami dunia sebenar saya,” ujarnya.

Untuk mengukuhkan naratif serta emosi lagu, video muzik Dengan Kamu dirakam di Jepun, Korea dan Kuala Lumpur. 

Jelas bekas peserta Big Stage itu, proses penggambaran di tiga negara ini memberi lapisan emosi lebih mendalam pada hasil akhir klip muzik tersebut.

“Setiap lokasi menyimpan memori tersendiri bagi saya. Jepun dan Korea bukan sahaja tempat cantik, tetapi ruang saya mencari ketenangan suatu ketika dahulu.

“Saya mahu penonton merasai perjalanan itu melalui visual,” jelasnya.

Pelancaran single dan video muzik Dengan Kamu dibuat serentak pada 1 Disember lalu dan boleh didengari melalui semua platform digital serta YouTube rasmi Sissy.

 


Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI