fbpx
Tangkap layar dua orang penghantar makanan membersihkan longkang tersumbat

[VIDEO] Sanggup berhujan bersih longkang elak tersumbat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Tindakan dua penghantar makanan yang sanggup berhenti ketika hujan lebat untuk membersihkan longkang menyebabkan jalan mula dinaiki air mencuri perhatian ramai.

Menerusi perkongsian video di TikTok oleh @izzokayyy, kelihatan kedua-dua lelaki tersebut mengalihkan sampah dan kotoran yang menyebabkan longkang tersumbat hingga menghalang aliran air.

“Saya cuma bersihkan longkang yang tersumbat supaya air banjir boleh mengalir. Niat nak memudahkan semua orang lalu jalan tu sahaja,” komen salah seorang penghantar makanan tersebut.
Perkongsian tersebut mendapat perhatian ramai yang rata-rata memuji tindakan dan sikap prihatin mereka demi memudahkan pengguna jalan raya.

“Kebanyakan abang dan adik penghantar makanan yang saya jumpa memang baik-baik. Cakap pun sopan saja. Semoga urusan mereka sentiasa dipermudah,” komen Adlin.

“Dia buat baik untuk mudahkan ramai orang. Sanggup berhenti tepi jalan demi nak bersihkan longkang. Mahal harga kebaikan tu. Semoga sentiasa dalam rahmat Allah,” kata Jamaliah.

“Perparitan di Kuala Lumpur ni masih terkebelakang, hujan lebat sikit saja air sudah mula naik. Harap ada penambahbaikan selepas ini,” komen Rohani Sinar. – KOSMO! ONLINE

@izzokayyy Grab riders truly are our heroes! 📅 4 Dec 2025 @GrabMY ♬ Accident – Mustafa Yazicioglu

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI