fbpx
Anwar (tengah) pada Majlis Penutup Program Rancakkan Madani Bersama Malaysiaku dan Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam 2025 di Putrajaya hari ini. Foto oleh FAIZ ALIF ZUBIR / KOSMO!

Anwar lancar dua agenda rakyat sempena Program Rancakkan Madani Bersama Malaysiaku

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini melancarkan dua agenda bagi manfaat rakyat iaitu Sahabat Penggerak Madani dan Skim Insurans Kesejahteraan Rakyat (SIKR) 3.0.

Pelancaran dua insiatiff itu diumumkan pada pentas perasmian pemutup Program Rancakkan Madani Bersama Malaysiaku dan Konvensyen Nasional Reformasi Perkhidmatan Awam 2025, di sini hari ini.

Anwar berkata, SIKR 3.0 itu telah diluluskan Kementerian Kewangan baru-baru ini menerusi peruntukan awal sebanyak RM20 juta.
Menurutnya, skim itu telah bermula dan perlindungannya sejak 1 Oktober 2025 sehingga 30 September
2026.

“Bagi SIKR 3.0 ini, pampasan ditingkatkan kepada RM13,500 untuk kematian semula jadi, RM26,500 kematian akibat kemalangan dan RM13,500 bagi kecacatan kekal akibat kemalangan,” katanya ketika menyempurnakan majlis penutup program itu di Dataran Putrajaya, di sini hari ini.

Beliau berkata, inisiatif ini adalah sebahagian usaha kerajaan memperkukuh jaringan keselamatan sosial rakyat di negara ini.

Dalam pada itu, bagi Sahabat Penggerak Madani pula, Anwar berkata, pihaknya telah mengumpulkan seramai 3,000 sukarelawan bagi tujuan itu setakat ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI