fbpx
Loke pada sidang akhbar di Seremban Sentral di sini hari ini.

‘Walaupun ada gangguan, tapi lebih baik berbanding dulu’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SEREMBAN – Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook menegaskan prestasi perkhidmatan tren berada dalam keadaan lebih baik berbanding beberapa tahun lalu, sekali gus menolak dakwaan berhubung gangguan yang semakin meningkat.

Beliau berkata, angka yang digunakan dalam laporan itu tidak tepat dan tidak menggambarkan prestasi sebenar operasi.

Katanya, Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) diarahkan mengeluarkan data lengkap bagi menjelaskan kedudukan sebenar termasuk jumlah kerosakan dan gangguan yang menunjukkan trend penurunan ketara pada 2022 dan 2023.

“Walaupun beberapa gangguan masih berlaku tetapi prestasi keseluruhan lebih baik berbanding dua tiga tahun lalu. Bagaimanapun saya akui aspek komunikasi antara operator dan pengguna perlu ditambah baik.

“Ini kerana orang ramai sering tidak dimaklumkan mengenai punca gangguan, jangka masa pembaikan dan pilihan pengangkutan alternatif,” katanya selepas Majlis Pecah Tanah Pembangunan Berorientasikan Transit Seremban Sentral di sini hari ini.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI