fbpx
Mohamed Khaled ketika hadir pada Majlis Graduasi Maktab Ketahanan Nasional (MKN), Maktab Pertahanan Angkatan Tentera (MPAT) dan Maktab Turus Angkatan Tentera (MTAT) bagi sesi 2025 di PUSPAHANAS di sini, hari ini.-FOTO - FAIZ ALIF ZUBIR

Pegawai tentera amal budaya pembelajaran berterusan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Pegawai tentera diingatkan sentiasa melengkapkan diri dengan budaya pembelajaran berterusan kerana ilmu pertahanan tidak pernah berhenti berkembang.

Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, penerokaan ilmu itu tidak hanya di Pusat Pengajian Pertahanan Nasional (PUSPAHANAS) sahaja sebaliknya boleh diperolehi di mana sahaja di dunia.

“Setiap pegawai tentera tidak kira daripada cabang darat, udara dan laut. Anda bukan hanya dilatih sekadar untuk menjadi askar atau pengusung senjata sebaliknya dilatih menjadi pemimpin.

“Kepimpinan ialah tunjang profesion ketenteraan. Ia menuntut kejelasan arah, kesatuan usaha, serta keberanian membuat keputusan tegas walaupun ering kali di bawah tekanan yang amat tinggi.

“Dalam suasana yang kacau-bilau sama ada di medan perang, misi kemanusiaan dan operasi bantuan bencana. Setiap pemimpin yang berkesan mampu menentukan hasil sesuatu keadaan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Graduasi Maktab Ketahanan Nasional (MKN), Maktab Pertahanan Angkatan Tentera (MPAT) dan Maktab Turus Angkatan Tentera (MTAT) bagi sesi 2025 di PUSPAHANAS, hari ini.

Mohamed Khaled berkata, beliau turut mengingatkan barisan pegawai tentera supaya tidak lupa asal usul profesion masing-masing sebagai penjaga keamanan negara.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI