SERDANG – Suasana sebak menyelubungi Majlis Konvokesyen Ke-49 Universiti Putra Malaysia (UPM) apabila dua graduan anak yatim piatu tampil ke pentas menerima ijazah dengan hanya ditemani adik beradik, nenek dan saudara mara. Graduan Rekabentuk Perindustrian dengan Kepujian, Saiful Azlan Sharif, 24, kehilangan bapa sejak berusia empat tahun manakala ibunya pergi mengadap Ilahi ketika di berada di tahun ketiga pengajian di Fakulti Rekabentuk dan Senibina. Anak bongsu daripada enam beradik itu berkata, dia berpegang teguh pada pesanan terakhir arwah ibunya yang…














