SEREMBAN – Seorang pemuda yang cacat kekal pada tangan kiri akibat kemalangan jalan raya hampir berputus asa selepas permohonan kerjanya berulang kali ditolak majikan. Bagaimanapun, M. Prabahkaran, 31, tetap cekal mencari pekerjaan bagi membantu keluarga dan kekurangan diri itu bukan alasan untuknya berasa lemah. Dia telah menyertai Program Lindung Kerjaya Orang Kelainan Upaya (OKU) MyFuture Jobs 2025 di Wisma Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) di sini semalam. “Pada mulanya memang saya rasa tidak yakin dan lemah dengan keadaan fizikal tidak sempurna,……














