PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di sembilan negeri sehingga pukul 7 malam ini.
“Antara kawasan yang dijangka terjejas adalah Kota Setar, Yan, Kuala Muda, Baling, Kulim dan Bandar Baharu di Kedah manakala Pulau Pinang melibatkan seluruh kawasan.
“Selain itu, hujan lebat turut dijangka di Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak dan Manjung, Perak, sementara Jeli, Tanah Merah, Machang, Kuala Krai dan Gua Musang di Kelantan turut terjejas.
“Terkesan sama adalah Lipis, Jerantut dan Maran di Pahang manakala Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang dan Kuala Langat di Selangor,” katanya.
Menurut MetMalaysia, di Johor, hujan lebat berterusan diramal melanda kawasan Mersing dan Kota Tinggi.
Di Sarawak, Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Sibu (Sibu dan Selangau), Mukah (Dalat dan Mukah), Kapit (Song) dan Bintulu (Tatau) turut terlibat dalam amaran hujan lebat itu.
Bagi Sabah, kawasan terlibat adalah Pedalaman (Sipitang, Tenom, Beaufort, Keningau dan Tambunan) dan Pantai Barat. – KOSMO! ONLINE














