fbpx
Gambar hiasan.

Hujan lebat landa Kedah, Sabah hingga malam

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat melanda sembilan negeri termasuk Labuan.

MetMalaysia dalam satu hantaran berkata, amaran itu dikeluarkan susulan hujan lebat dan angin kencang yang dijangka berlaku sehingga 9 malam ini.

Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka berlaku di seluruh Perlis manakala Kubang Pasu, Kota Setar, Pokok Sena, Kuala Muda, Baling, Kulim dan Bandar Baharu di Kedah.

“Amaran ribut petir dijangka berlaku di seluruh Pulau Pinang dan daerah Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar dan Batang Padang di Perak.

“Cuaca sama juga dijangka berlaku di Kelantan melibatkan Jeli, Tanah Merah dan Gua Musang manakala Tanah Tinggi Cameron, Lipis dan Raub di Pahang,” katanya.

MetMalaysia berkata, di Pahang, ribut petir di Pahang diramal berlaku di Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub dan Bentong serta Selangor di Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat.

“Sementara itu di Sarawak, cuaca buruk dijangka berlaku di Kuching (Bau dan Kuching), Serian, Samarahan (Simunjan), Sri Aman, Sarikei (Julau), Sibu (Kanowit), Kapit (Song), Miri (Beluru, Telang Usan dan Marudi) dan Limbang,” katanya.

Turut terlibat adalah Pedalaman, Pantai Barat (Papar, Putatan, Penampang, Kota Kinabalu, Tuaran dan Ranau) dan Sandakan (Telupid) termasuk Labuan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN