fbpx
ANGGOTA APM dan Jabatan Kebajikan Masyarakat mengemaskan khemah di PPS SK Felcra Lubuk Sireh di sini hari ini.

Banjir Perlis pulih sepenuhnya, semua PPS ditutup

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KANGAR – Kesemua 24 pusat pemindahan sementara (PPS) di Perlis ditutup sepenuhnya selepas PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Felcra Lubuk Sireh di Padang Besar ditutup hari ini.

Menurut Pegawai Pertahanan Awam negeri, Kapten (PA) Rohi Azman Ramli, PPS tersebut ditutup sepenuhnya pada pukul 10 pagi tadi dan semua 16 mangsa bencana banjir dari empat yang mendapat perlindungan di situ pulang ke kediaman masing-masing.

Menurut data Angkatan Pertahanan Awam negeri, seramai 8,058 mangsa daripada 2,430 keluarga ditempatkan di semua 24 PPS yang dibuka selepas kediaman masing-masing terkesan akibat bencana banjir yang melanda seluruh negeri.

PPS SK Felcra Lubuk Sireh adalah PPS yang pertama dibuka pada 23 November sekitar pukul 11.45 pagi dan menjadi yang terakhir ditutup hari ini menempatkan 296 mangsa daripada 90 keluarga terjejas sepanjang bencana banjir kali ini.

Nilai sebenar kemusnahan harta benda sedang dinilai namun laporan awal sektor pertanian menunjukkan kerosakan hasil tanaman seperti padi, mangga harum manis serta pelbagai tanaman lain telah melepasi RM42 juta.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI