SEBAGAI seorang anak yang mentaati ibu bapanya, Nurul (bukan nama sebenar) menuruti permintaan keluarganya untuk melangsungkan perkahwinan bersama calon pilihan mereka. Ibu bapanya risau walaupun usianya sudah menginjak 27 tahun, tetapi masih belum berumah tangga. “Ibu bapa saya resah kerana saya masih belum ada pasangan. “Akhirnya hasil bantuan ibu saudara saya, mereka diperkenalkan dengan seorang lelaki yang sebaya dengan saya,” katanya. Tambahnya, kedua ibu bapa kemudian memintanya untuk mengahwini lelaki tersebut. Sebagai seorang anak yang patuh, Nurul akur dengan permintaan……














