fbpx
Penyerang negara, Ainsyah Murad (tengah) antara sandaran terbaik untuk menggegar jaring Vietnam malam ini.

Peluang Malayan Tigress cipta magis

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

REALISTIKNYA skuad bola sepak wanita negara berdepan misi cukup sukar untuk melepasi peringkat kumpulan sebagai dua pasukan terbaik dan mara ke separuh akhir Sukan SEA Thailand 2025.

Berdasarkan undian sebelum ini, Malayan Tigress diundi dalam ‘kumpulan maut’ bersama juara bertahan empat edisi berturut-turut, Vietnam; finalis dua tahun lalu, Myanmar dan Filipina.

Situasi itu seakan mengulangi edisi Kemboja 2023 di Phnom Penh apabila berdepan kesemua lawan sama yang menyaksikan skuad wanita tewas ketiga-tiga perlawanan dan lebih malang hanya meledak satu gol selain bolos sembilan kali.

Kini, di bawah bimbingan Joel Cornelli, boleh dilihat ada peningkatan dengan perubahan sistem permainan diterapkan sejak pengendali dari Brazil itu dilantik pada Mei lalu.

Persekutuan Bola Sepak Malaysia (FAM) menganggap pelantikannya adalah langkah penting bagi memperkuatkan lagi Malayan Tigress agar mampu bersaing sengit di pentas antarabangsa dengan sasaran separuh akhir Sukan SEA Thailand.

Persediaan terakhir Malayan Tigress juga boleh diklasifikasikan positif berdasarkan prestasi ditampilkan dalam dua aksi Siri Antarabangsa Tri-Nations di Dhaka, Bangladesh minggu lalu.

Menang 1-0 ke atas Bangladesh sebelum tewas 0-2 kepada Azerbaijan tetapi aksi keseluruhan menentang lawan No. 74 dunia itu sedikit sebanyak memberikan input berguna buat barisan kejurulatihan negara.

Berdasarkan 23 pemain dibawa ke Thailand, Malayan Tigress masih mengekalkan beberapa muka berpengalaman seperti Steffi Sarge Kaur, Intan Sarah Anisah Zulgafli, Nur Lyana Soberi dan penjaga gol, Nurul Azurin Mazlan.

Selain turut membawa seorang pemain berusia 15 tahun, Nur Laila Syamila A Rahim, Cornelli juga menyenaraikan beberapa nama mampu membawa impak besar menghadapi tentangan sengit daripada tiga gergasi Asia Tenggara nanti.

Cornelli mempertaruhkan dua pemain berpangkalan di Amerika Syarikat, Kanchenjeet Kaur Nanua dan Tegen Su-Yin Butler selain dua penyerang berpotensi besar Nur

Ainsyah Murad dan Henrietta Justine untuk meledak jaringan buat negara.

Aksi pembukaan menentang Vietnam di Stadium Chonburi petang ini menjadi peluang terbaik buat skuad wanita membuktikan potensi sebenar meskipun tidak pernah menang ke atas lawan No. 37 dunia dalam lapan pertemuan antara mereka.

Atas kertas, Vietnam ternyata pilihan utama berdasarkan status pernah beraksi di Piala Dunia Wanita 2023 selain merupakan juara lapan kali sedangkan kali terakhir Malayan Tigress menaiki podium adalah meraih pingat perak edisi 1995.

Aksi seterusnya tiga hari kemudian bertemu Myanmar juga tidak mudah kerana rekod menunjukkan Malaysia tewas 11 perlawanan menentang mereka dengan kali terakhir dibelasah 1-5 pada edisi Kemboja 2023.

Filipina yang menjadi lawan terakhir pada 11 Disember ini bukan calang-calang pasukan kerana diperkuatkan ramai pemain warisan dari Amerika Syarikat hingga layak ke Piala Dunia 2023.

Ia membolehkan mereka menjadi negara Asia Tenggara ketiga beraksi di Piala Dunia selepas Vietnam dan Thailand yang membuat penampilan di Piala Dunia 2013 dan 2019.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN