fbpx
Jengkaut digunakan bagi kerja-kerja pembersihan bangkai ikan.

Kolam Putra Perdana dipenuhi bangkai tilapia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Ribuan ikan tilapia ditemui mati terapung sehingga mengeluarkan bau busuk di sebuah kolam di Putra Perdana, Puchong dekat sini, baru-baru ini.

Exco Kesihatan Awam dan Alam Sekitar Selangor, Jamaliah Jamaluddin berkata, kejadian berlaku pada Isnin lalu dengan Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) bergegas ke lokasi sejurus bagi mengenal pasti punca insiden tersebut.

Katanya, pensampelan kualiti air in-situ yang dijalankan di kolam serta setiap inlet mendapati bacaan Oksigen Terlarut (DO) adalah baik iaitu 15 mg/L, menandakan kematian ikan bukan berpunca daripada kualiti air.

“Semakan di lokasi mengesyaki bangkai ikan tersebut berpunca daripada sangkar ikan tilapia yang tidak dapat dikenal pasti pemiliknya yang terletak di dalam kolam berkenaan.

“Jabatan Perikanan Negeri Selangor juga telah dimaklumkan untuk melaksanakan semakan dan siasatan lanjut,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Jelas beliau, sampel air juga telah diambil dan dihantar ke Makmal LUAS untuk analisis lanjut.

Tambah Jamaliah, kerja-kerja pembersihan bangkai ikan telah bermula kelmarin melalui kontraktor yang dilantik LUAS dengan penggunaan jentera berat susulan kuantiti bangkai ikan yang banyak.

“Sehingga kini, kerja-kerja pembersihan telah mencapai tahap 40 peratus dan disasarkan selesai pada hujung minggu ini.

“Ia akan dilupuskan dengan selamat di tapak pelupusan Tanjung Dua Belas, Kuala Langat,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN