fbpx
Jenazah Bung Moktar selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Likas jam 2.25 petang tadi. -Foto: Ivan Amirul-

Jenazah Bung Moktar selamat dikebumikan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KOTA KINABALU – Jenazah Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Seri Bung Moktar Radin selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Kampung Likas pukul 2.25 petang tadi.

‎Terdahulu, van membawa jenazah tiba di tanah perkuburan itu pada pukul 1.45 tengah hari sebelum disambut orang ramai daripada pelbagai latar belakang kaum dan agama dalam suasana hiba, sekali gus menggambarkan kasih sayang tidak berbelah bahagi rakyat kepada Allahyarham.

‎Orang awam yang hadir kemudian berpusu-pusu membantu urusan pengebumian termasuk mengangkat jenazah, menyediakan tapak perkuburan dan melakukan kerja-kerja tanah.

‎Bung Moktar, 66, meninggal dunia pada pukul 1.46 pagi hari ini di sebuah hospital swasta selepas mengalami kegagalan buah pinggang dan jangkitan pada paru-paru.

‎Pemergian Allahyarham itu disahkan oleh anaknya, Naim Kurniawan Moktar.

‎Bung Moktar pada Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17) Sabah mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lamag pada 29 November lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI