fbpx
Mohmad Johar Misri bersama isteri Sharifah Mustafa bergambar di hadapan rumah baru yang diterima daripada KPKT.

‘Walaupun bukan seperti rumah asal, kami tetap bersyukur’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Rata-rata mangsa insiden kebakaran paip gas di Putra Heights, Puchong bersyukur selepas penantian mereka lebih lapan bulan untuk mendapatkan kediaman baharu akhirnya tercapai.

Meskipun kediaman yang dibina oleh Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) dengan kerjasama Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) itu tidak seperti rumah asal mereka, tetapi sekurang-kurangnya mereka tidak lagi menumpang atau menyewa kediaman lain.

Menurut seorang penduduk, Zainuddin Abdul Halim, 61, berkata, walaupun tidak dapat menampung kerugian yang ada, tetapi sedikit sebanyak dapat membantu kami untuk meneruskan hidup.

Jelasnya, rumah asalnya berkeluasan lebih 3,200 kaki persegi, namun kediaman yang diberikan kerajaan hanya berkeluasa kira-kira 1,200 kaki persegi.

“Apapun, terima kasih kepada KPKT, kepada kerajaan yang dapat siapkan untuk rumah kami berteduh. Sebelum ini, kira-kira dua bulan kami menumpang rumah anak-anak di Shah Alam.

“Selepas itu, kami menggunakan duit pencen untuk membaiki rumah asal yang rosak. Walaupun tidak sesempurna sebelum ini, jadilah untuk saya, isteri dan mak mertua yang uzur tinggal di rumah tersebut buat sementara waktu,” katanya ketika ditemui pada Majlis Sentuhan Kejayaan SPNB dan penyerahan kunci kepada mangsa kebakaran rumah di Kampung Sungai Baru, Putra Heights, Puchong hari ini.

Pada majlis itu, Menteri KPKT, Nga Kor Ming telah menyerahkan kunci kepada 18 keluarga kebakaran paip gas pada April lalu melibatkan bina rumah baharu dan membaik pulih rumah asal.

Bagi penduduk yang terjejas keseluruhan kediaman mereka diganti dengam Rumah Mesra Rakyat (RMR) secara percuma dan sebahagian lagi dibaik pulih semula peruntukan keseluruhan RM4.85 juta.

Mengulas lanjut, Zainuddin yang juga pesara guru berkata, rumah asalnya itu akan dijadikan sebagai rumah sewa bagi menampung perbelanjaan bulanan mereka sekeluarga selepas ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI