fbpx
Sebuah kenderaan yang ditunda keluar dari Hatyai menerusi Kompleks ICQS Bukit Kayu Hitam, baru-baru ini.

Periksa setiap ruang, nombor casis kenderaan tenggelam banjir Hatyai

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BUKIT KAYU HITAM – Setiap kenderaan yang rosak akibat ditenggelami banjir di Hatyai, Thailand pada bulan lalu menjalani pemeriksaan di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) di sini terlebih dahulu sebelum ditunda keluar.

Komander Agensi Kawalan dan Perlindungan Sempadan (AKPS) Bukit Kayu Hitam, Senior Asisten Komisioner Mohd. Nasaruddin M. Nasir berkata, pemeriksaan dilakukan ke atas semua ruang fizikal kenderaan termasuk nombor casis dan barangan yang dibawa.

“Tindakan itu adalah bagi memastikan tidak berlaku sebarang kesalahan termasuk cubaan penyeludupan barang kontraban ke dalam negara,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Katanya, pihaknya telah memeriksa lebih 40 kenderaan yang ditunda keluar sejak 1 Disember lalu.

“Terdapat juga kenderaan yang ditunda keluar menerusi pintu sempadan Malaysia-Thailand di Padang Besar, Perlis dan Rantau Panjang, Kelantan,” ujarnya.

Kosmo! sebelum ini melaporkan proses mengeluarkan kenderaan milik rakyat Malaysia yang rosak akibat ditenggelami banjir di Hatyai berdepan kesukaran apabila sebahagiannya terbalik serta beralih dari kedudukan asal.

Pengusaha trak tunda, Mohd. Akmal Aniq Shahabuddin berkata, operasi menunda dilakukan selepas mendapat kebenaran daripada kerajaan Thailand dengan kerjasama Konsulat Jeneral Malaysia pada petang Sabtu lalu.

Katanya, kenderaan yang telah ditunda antaranya Toyota Alphard, Toyota Vellfire, Toyota Wish, Jaecoo dan Perodua Myvi.

Mengikut undang-undang sedia ada, trak tunda Malaysia tidak boleh mengambil sebarang kenderaan di Thailand, termasuk sehingga ke Hatyai. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI