fbpx
Penduduk menyerbu lori ikan untuk mengambil muatan dibawanya. - Lambe Turah

Mangsa banjir kelaparan serbu lori ikan hanyut

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JAKARTA – Sebuah video tular di media sosial Indonesia memaparkan penduduk sebuah kampung di Aceh Singkil, wilayah Aceh menyerbu dan cuba menjarah sebuah lori membawa ikan yang rosak akibat ditenggelami banjir, lapor laman berita Lambe Turah semalam.

Dalam video tersebut, lori dengan perkataan bertulis ‘KSI’ itu terkandas dalam air banjir paras lutut.

Penduduk mengerumuni lori tersebut dan bersiap sedia untuk mengambil muatan yang dibawanya.

Namun, suasana kecoh bertukar hening seketika apabila seorang pegawai pihak berkuasa menjerit ke arah merea dan memberitahu bahawa ikan-ikan itu mungkin telah rosak dan akan menyebabkan keracunan makanan.

“Ia mengandungi formalin, klorin dan bahan pengawet yang boleh membahayakan anda dan menyebabkan keracunan,” kata lelaki itu sambil cuba meyakinkan penduduk supaya tidak mengambil ikan dari trak.

Seorang lelaki dalam kalangan orang ramai keudian menjawab: “Tidak kisahlah walaupun kami keracunan, tidak mengapa. Yang penting anda buka ini (muatan lori). Kami kelaparan!”

Pegawai tersebut kemudian menegaskan bahawa penduduk tidak dibenarkan mengambil bahan muatan lori itu sambil menambah bahawa mereka berdepan hukuman penjara lima tahun jika membuka muatan yang masih dalam proses penghantaran.

Sehingga kini, tidak dinyatakan sama ada penduduk akur dan tidak mengambil ikan-ikan tersebut atau ia dibuka untuk diberikan kepada mangsa banjir yang kelaparan. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN