fbpx
Gambar hiasan

KL gelap semula, utara kembali hujan lebat hingga malam ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Cuaca kembali ‘bergelora’ petang ini apabila ibu negara sekali lagi dilitupi langit gelap dengan hujan lebat dan ribut petir, manakala kawasan utara Semenanjung turut kembali menerima taburan hujan intensif selepas beberapa hari cuaca tidak menentu.

Menurut MetMalaysia, amaran ribut petir dikeluarkan melibatkan Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya, selain kawasan utara seperti Perlis, Kedah (termasuk Langkawi, Padang Terap, Sik, Baling dan Kulim) serta Perak (Kerian, Larut Matang, Hulu Perak dan Kuala Kangsar).
Turut terjejas ialah beberapa kawasan di Pahang, Negeri Sembilan, Johor, Sabah dan Sarawak, dengan hujan lebat serta angin kencang dijangka berlarutan sehingga 9 malam.

MetMalaysia memaklumkan amaran ribut petir dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda hujan berintensiti lebih 20 mm sejam, sama ada sedang berlaku atau bakal berterusan melebihi satu jam.

Penduduk di Kuala Lumpur dan kawasan utara dinasihatkan berwaspada terhadap risiko banjir kilat, pokok tumbang dan kesesakan lalu lintas berikutan hujan yang kembali turun dengan lebih lebat.- KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN