fbpx
Puma telah menjadi penaja utama skuad Harimau Malaya sejak awal tahun ini.

Jersi ‘bangkit bersama’ jadi aspirasi Harimau Malaya

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PETALING JAYA – Skuad Harimau Malaya mendapat tonik terbaik bagi mengharungi aksi terakhir kelayakan Piala Asia 2027 menentang Vietnam tahun depan selepas melancarkan jersi ketiga daripada Puma dengan tema ‘bangkit bersama’, hari ini.

Jersi alternatif ini menggunakan warna biru sebagai warna dominan dengan Jalur Gemilang sebagai sekali gus menyaksikan pasukan kebangsaan menggunakan warna klasik ini buat kali pertama sejak 2018.

Pengurus Puma Malaysia, Steven Tan berkata, jersi ketiga ini mengetengahkan padanan warna yang baru bersama corak belang harimau sebagai penghormatan kepada identiti bola sepak skuad Harimau Malaya

“Tema bagi Jersi Ketiga Harimau Malaya 2025 ialah ‘bangkit bersama’ yang melambangkan semangat ketabahan kolektif serta fokus baharu terhadap bola sepak negara.

“Ia sebagai simbol keberanian, kekuatan dan aspirasi terhadap kecemerlangan,” katanya.

Jersi edisi terhad dengan teknologi Drycell itu dijual dengan harga yang RM319 itu dan boleh dibeli di butik Puma terpilih di seluruh negara bermula hari ini.

Sebagai rekod, skuad Harimau Malaya tampil cemerlang apabila tidak tewas pada semua aksi antarabangsa yang diharungi pada tahun ini termasuk menang lima perlawanan kelayakan Piala Asia 2027. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI