fbpx
Gambar hiasan.

Dua penuntut universiti nafi curi pakaian RM359.70

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SHAH ALAM – Dua penuntut universiti awam mengaku tidak bersalah di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas tuduhan mencuri pakaian di sebuah pusat beli-belah di Setia Alam.

Tertuduh, Faizin Aliff Faizul Amri dan Nurin Sabrina Uda masing-masing berusia 23 tahun membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Cynthia Noor Haizean Sulaiman.

Berdasarkan pertuduhan, mereka secara bersama mencuri sehelai baju-T dan dua seluar jeans bernilai 359.70 di sebuah rangkaian premis terkemuka di Setia Alam, kira-kira pukul 1.40 tengah hari, 31 Oktober lalu.

Sabit kesalahan, mereka boleh dihukum penjara sehingga 10 tahun atau denda mengikut Seksyen 380 Kanun Keseksaan. Timbalan Pendakwa Raya, Alia Anisa Khairus Masnan mencadangkan jaminan sebanyak RM5,000 ke atas kedua-dua tertuduh.

Bagaimanapun, peguam Sebastian Gerard memohon jaminan dikurangkan kepada RM1,500 ke atas tertuduh yang merupakan penuntut tahun dua sebuah universiti awam.

“Ini merupakan kali pertama mereka dituduh dan tidak mempunyai rekod jenayah,” katanya. Mahkamah membenarkan permohonan jaminan pihak pembelaan dan menetapkan 12 Februari depan untuk sebutan semula kes. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN