fbpx
Gambar hiasan

Akauntan pencen kempunan raih untung main saham

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

JOHOR BAHRU – Keterujaan seorang bekas akauntan mengaut keuntungan hasil pelaburan saham bertukar detik hitam dalam dirinya apabila wang simpanan lebih RM469,875.48 lepas selepas ditipu ‘scammer’.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, mangsa lelaki tempatan berusia 61 tahun mula tertarik dengan iklan pelaburan saham Bursa Malaysia yang dipaparkan di aplikasi media sosial TikTok.

Katanya, mangsa terus berhubung dengan seorang individu yang memperkenalkan diri sebagai wakil pelaburan.

“Nombor telefon mangsa dimasukkan ke dalam sebuah kumpulan perbualan, dan berhubung dengan seorang lagi individu lain yang menerangkan kaedah pelaburan sebelum diarahkan memuat turun satu aplikasi sebelum membuat transaksi pelaburan.

“Tanpa membuat semakan dan selidik, mangsa membuat 13 transaksi perbankan dalam talian secara berperingkat antara 8 Oktober hingga 28 November ke beberapa akaun bank,”katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Menurut Raub, mangsa dijanjikan pulangan antara tujuh tingga 15 peratus daripada jumlah pelaburan.

Namun, katanya mangsa mendakwa hanya menerima keuntungan kecil berjumlah RM14,763.

“Suspek kemudian meminta bayaran tambahan, tetapi mangsa enggan sebelum menyedari dirinya telah ditipu,”katanya.

Kes disiasat di bawah Seksyen 420 kanun keseksaan kerana menipu.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI