PETALING JAYA – Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir dan hujan lebat di tujuh negeri sehingga pukul 10 malam ini.
Menurut MetMalaysia, cuaca buruk itu dijangka membabitkan kawasan di Perak meliputi Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim.
Di Kelantan, kawasan terlibat ialah Jeli, Kuala Krai dan Gua Musang, manakala di Pahang pula melibatkan Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Jerantut, Bentong, Temerloh, Kuantan dan Bera.
Amaran sama turut dikeluarkan bagi Selangor melibatkan daerah Klang, Gombak dan Petaling selain Negeri Sembilan(Jelebu, Kuala Pilah, Jempol dan Tampin) serta Melaka (Jasin).
Di Johor, ribut petir dan hujan lebat diramal berlaku di Tangkak, Segamat, Muar, Batu Pahat, Kluang, Pontian, Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru.
Sementara itu di Sarawak, cuaca buruk dijangka melanda kawasan Kuching, Serian, Samarahan serta Sri Aman dan Betong (Pusa dan Betong).- KOSMO! ONLINE.














