fbpx
Hanifah Hajar ketika sesi MQT di Dewan Rakyat hari ini. FOTO JAPEN

Pendapatan isi rumah B40, M40, T20 semuanya naik

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Pendapatan penengah isi rumah bagi semua kategori utama, B40, M40 dan T20 menunjukkan peningkatan ketara sejak 2022, sekali gus menggambarkan trend pendapatan rakyat yang semakin baik.

Timbalan Menteri Ekonomi, Datuk Hanifah Hajar Taib berkata, kelompok B40 mencatat peningkatan purata 5.2 peratus, dengan pendapatan penengah meningkat kepada RM3,815 pada 2024, berbanding RM3,440 pada 2022.

“Bagi M40, pendapatan penengah naik daripada RM7,694 pada 2022 kepada RM8,999 pada 2024, iaitu kenaikan sebanyak 5.6 peratus. Golongan T20 turut menunjukkan peningkatan dua peratus, daripada RM15,867 kepada RM16,517 dalam tempoh sama,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini.

Beliau menjelaskan bahawa peningkatan pendapatan itu disumbangkan oleh empat punca utama iaitu pendapatan bergaji, bekerja sendiri, harta dan pelaburan serta pindahan semasa.

Hanifah berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Datuk Che Mohamad Zulkifly Jusoh (PN–Besut) berhubung dasar kerajaan dalam menentukan kumpulan sasar bagi bantuan dan subsidi.

Walaupun pendapatan penengah meningkat, katanya kerajaan masih mengekalkan pengelasan B40, M40 dan T20 buat masa ini.

Namun, penambahbaikan dijangka dilakukan dalam Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) termasuk mempertimbangkan penggunaan sistem baharu berdasarkan pendapatan boleh guna.

Beliau turut memaklumkan bahawa pemberian bantuan ketika ini masih berasaskan Pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) yang mengambil kira keperluan makanan dan bukan makanan seperti kesihatan dan pendidikan. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN