fbpx
Barisan model KWC yang memperagakan pakaian wanita pada musim perayaan tahun depan.

KWC perkenal Koleksi Raya 2026, sedia lebih 800 outlet

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Sempena sambutan pelbagai perayaan  tahun hadapan, KWC Fashion Wholesale (KWC) telah melancarkan Koleksi Raya 2026 rekaan terkini, termasuk gaya moden serta pilihan warna yang menjadi trend utama.

Pengurus Pengiklanan dan Promosi KWC, Wendy Lam berkata, langkah berkenaan diambil bagi memudahkan orang ramai serta peniaga, pemilik butik dan pembeli fesyen menempah koleksi perayaan lebih awal.

Lebih menarik katanya, koleksi rekaan menarik yang menggabungkan elemen tradisional Malaysia dengan sentuhan moden itu boleh didapati di lebih 800 outlet yang terdapat di dalam pusat beli-belah berkenaan.

“KWC mempunyai lebih daripada 800 kedai yang menawarkan pelbagai jenis produk fesyen termasuk baju Muslimah, baju moden, aksesori, kosmetik, wangian dan beg tangan.

“KWC berharap lebih ramai pemilik perniagaan dalam talian akan datang untuk mendapatkan barangan bagi butik mereka dan lebih ramai pembeli akan datang untuk membeli-belah.

“Koleksi yang ditawarkan juga adalah pelbagai kadar harga, sesuai dengan pilihan pelbagai golongan serta kualiti. Ada yang bermula serendah RM10 sehingga lebih RM300,”katanya pada majlis pelancaran Koleksi Raya 2026 di KWC baru-baru ini.

Mengulas lanjut Wendy berkata, tersebut turut menampilkan pelbagai rekaan fesyen perayaan untuk Hari Raya dan Tahun Baru Cina.

Ia termasuk pakaian tradisional, pakaian kasual, abaya, fesyen saiz besar, fesyen kanak-kanak serta rekaan berinspirasikan oriental.

Pada masa sama, beliau memberitahu, pihaknya menyasarkan peningkatan sederhana jumlah pengunjung berbanding 400,000 ketika musim perayaan sebelum ini.

Ia ekoran faktor ekonomi semasa dan perubahan tabiat pengguna menjadi cabaran utama kepada pusat borong serta peniaga kecil.

“Namun, KWC akan terus merancakkan aktiviti termasuk mempertimbangkan lanjutan waktu operasi sepanjang musim perayaan, penganjuran bazar Ramadan dan penambahan kios baharu,” katanya. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI