GEORGE TOWN – Di sebalik senyuman dan kegembiraan yang dinikmati Muhammad Helmi Arif Mohd. Hazim, 24, ketika menaiki pentas konvokesyen semalam, ada kisah perjuangan besar yang telah dilalui anak muda dari Kelantan ini sebelum bergelar graduan. Menurut Muhammad Helmi Arif, perjalanannya untuk menggenggam Ijazah Sarjana Muda Sastera dengan Pendidikan di Universiti Sains Malaysia (USM) bukanlah perkara mudah, tetapi berjaya direalisasikan dengan sebaiknya. Katanya, sepanjang berada di universiti, dia perlu merencanakan segala kehidupan terutama dalam soal kewangan sehingga membuatkannya untuk bekerja……














