PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan memutuskan senarai nama menteri dan timbalan menteri bagi membarisi Kabinet Kerajaan Madani kelak selepas melaksanakan proses pertimbangan yang cermat dan berhemah.
Pejabat Perdana Menteri berkata, pertimbagan terhadap senarai nama Kabinet itu juga perlu
benar-benar berlandaskan kepentingan rakyat serta hala tuju reformasi negara.
“Perdana Menteri menyambut baik pelantikan semula Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Datuk Seri Diraja Dr. Zambry Abdul Kadir dan Datuk Dr. Mohd. Na’im Mokhtar sebagai Ahli Dewan Negara bagi penggal kedua yang berkuat kuasa hari ini.
“Pelantikan itu membolehkan mereka meneruskan tugasan mustahak demi kesinambungan dasar tatakelola dan agenda reformasi negara selaras dengan gagasan Malaysia Madani,” katanya dalam satu kenyataan di sini tadi. – KOSMO! ONLINE














