fbpx
KEADAAN Villa Putih yang mengalami kerosakan teruk akibat hakisan pantai di Pantai Sauh, Kampung Mengabang Lekor, Batu Rakit, Kuala Nerus semalam.

Villa Putih RM800,000 tunggu masa…

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA NERUS – Seorang lelaki pasrah selepas Villa Putih yang dibinanya dengan kos RM800,000 lapan tahun lalu kini menunggu masa runtuh akibat hakisan pantai kronik.

Kerosakan dialami inap desa terletak di Pantai Sauh, Kampung Mengabang Lekor, Batu Rakit, di sini itu semakin teruk pada musim tengkujuh kali ini, kira-kira dua minggu lalu.

Pemiliknya, Nor Azman Abdul Manan, 60, berkata, inap desa itu bukan sahaja menjadi sumber rezekinya dalam sektor pelancongan malah lokasi di dan adik-beradiknya berkumpul saban tahun.

“Saya membina Villa Putih yang mempunyai empat bilik ini pada 2017. Waktu itu jarak­nya dengan pesisir pantai lebih 100 meter.

“Hakisan berlaku dengan pantas menyebabkan pesisir pantai terus lenyap dalam tempoh lima tahun sahaja,” katanya ketika ditemui di Pantai Sauh, Kampung Mengabang Lekor, Batu Rakit, di sini semalam.

Nor Azman berkata, pada mulanya dia berusaha untuk membaiki kerosakan dan membina benteng bagi mengurangkan impak hakisan pantai sebelum pasrah dua tahun lalu.

Katanya, dia sedar kudrat insan tidak mampu melawan kekuatan ombak besar dan angin kencang yang menyerang Villa Putihnya setiap kali Monsun Timur Laut (MTL).

“Bagi saya, sudah tiada harapan lagi untuk menyelamatkan inap desa ini walaupun memiliki nilai sentimental tinggi buat keluarga kami selain sudah berhabis hampir RM1 juta membinanya,” katanya.

Namun dia berharap pihak bertanggungjawab dapat membina benteng pemecah ombak bagi mengelakkan kediaman penduduk lain di kampung itu menerima nasib yang sama. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN