fbpx
Tun Dr Mahathir pada sidang akhbar selepas membuat laporan polis terhadap Perdana Menteri berhubung ART antara Malaysia dengan AS di IPD Putrajaya, Putrajaya, hari ini.

Tun M lapor polis dakwa Anwar tandatangan ART dengan AS tanpa prosedur sah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PUTRAJAYA – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad membuat laporan polis terhadap Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini susulan dakwaan kononnya Perjanjian Perdagangan Timbal Balas (ART) dimeterai dengan Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini ditandatangani tanpa melalui prosedur sah.

Bekas Perdana Menteri berkata, tindakan dibuat Anwar itu dipercayai dibuat tanpa mandat penuh daripada pihak yang sepatutnya mewakili Persekutuan Malaysia.

“Saya sudah buat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya hari ini supaya satu siasatan dibuat terhadap Anwar.

“Perjanjian itu sebenarnya tidak sah kerana beliau (Anwar) bukan seorang sahaja yang mewakili Persekutuan,” katanya pada sidang akhbar selepas membuat laporan polis di IPD Putrajaya, hari ini.

Katanya, sepatutnya perjanjian itu memerlukan persetujuan empat bahagian termasuk Yang di-Pertuan Agong, Dewan Rakyat, Majlis Raja-Raja dan badan eksekutif (kerajaan).

Dr. Mahathir berkata, persetujuan empat bahagian itu bagaimanapun tidak dilakukan sekali gus menjadi suatu kesalahan.

Dalam pada itu, katanya, beliau mendakwa dokumen perjanjian itu sebenarnya mengandungi 400 muka surat namun, ia tidak pernah didedahkan kepada orang awam.

“Terdapat banyak klausa yang menyebut bahawa kuasa negara kita sudah diserah kepada AS dimana apa juga yang kita lakukan mesti dirujuk kepada AS dan mereka (AS) pula yang menentukan sama ada boleh atau tidak dilakukan,” katanya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI