DALAM era pasca pandemik Covid-19, sektor penjagaan kesihatan semakin menekankan kepentingan kebersihan tahap tinggi terutamanya di kawasan berisiko seperti hospital. Cabaran pertambahan pesakit, kekangan kakitangan dan keperluan sanitasi yang ketat telah mendorong banyak fasiliti kesihatan global mengadaptasi teknologi automasi. Salah satunya adalah dengan menggunakan robot yang dipanggil UVD Robot Pharma bagi membersihkan dan menyah kuman pada permukaan secara automatik dengan lebih konsisten, tepat serta menyeluruh. Penggunaan robot pembersih kolaboratif itu mula membuktikan keberkesanan dalam mengurangkan jangkitan silang, seterusnya meningkatkan keselamatan……














