fbpx
SABAH mengesahkan tempat ke final Piala FA selepas membenam Selangor menerusi penentuan sepakan penalti.

Piala FA: Penantian 27 tahun Sabah berakhir

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

PENANTIAN 27 tahun Sabah untuk ke final Piala FA berakhir dengan cerita penuh dramatik selepas menyingkirkan naib juara musim lalu, Selangor FC 5-4 pada penentuan penalti.

Pada aksi separuh akhir kedua di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), kelmarin, kedua-dua pasukan seri 3-3, menyaksikan Sabah dan Selangor FC terikat 5-5 secara agregat.

Paling menarik, final kali ini mengulangi detik 1998 yang ketika itu menyaksikan The Rhinos turut beradu tenaga dengan Johor, namun kali ini cabaran lebih sukar memandangkan lawan mereka itu adalah juara bertahan, Johor Darul Ta’zim (JDT) yang juga pasukan pilihan.

Penjaga gol Sabah, Damien Lim yang muncul wira pasukan menganggap kejayaan ini sebagai satu kelegaan buat semua orang dalam pasukannya selepas tiga kali pamer kebangkitan untuk mengikat lawan 3-3 dalam aksi separuh akhir kedua, kelmarin.

“Tekanan ada sebab kami gagal satu penalti dan jika saya tidak selamatkan sepakan Selangor FC, kami akan kalah. Sejujurnya, kami tidak bersiap sedia pun untuk hadapi penentuan penalti, mungkin rezeki kami untuk ke final.

“Tetapi saya cuba ketepikan segala tekanan yang ada dan saya lihat wajah rakan-rakan saya. Tidak kiralah mereka yang ada di bangku simpanan atau dalam padang, saya tidak mahu kecewakan mereka,” katanya.

Perlawanan kelmarin dilangsungkan dalam stadium kosong, namun aksi menarik dipamerkan oleh kedua-dua pasukan termasuk insiden panas apabila jaringan keempat tuan rumah dibatalkan dan satu kad merah.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN