PETALING JAYA – “Buat kerja tak bersihlah, abang.”
Itu reaksi ramai selepas menjumpai nama pelaku pada plastik ubat dalam sampah yang dibuang di tepi jalan di Pontian, Johor.
Menerusi hantaran di laman Facebook, memaparkan beberapa plastik sampah dijumpai di tepi jalan membuatkan penduduk sekitar menggeledah sampah tersebut.
“Kejadian di Kampung Sungai Bunyi, Pontian, Johor. Sampah buang merata-rata. Bukti ada, laporan polis akan dibuat,” katanya.
Selepas penduduk setempat menggeledah sampah berkenaan, nama pemilik sampah dijumpai pada plastik ubat berserta jadual sekolah pelajar.
Difahamkan, beberapa plastik sampah yang sudah terkoyak turut dikongsikan pengguna Facebook di kawasan sama.
Perkongsian tersebut dipercayai membuat penduduk setempat berang dengan sikap tidak beradab penduduk yang membuang sampah.
“Mesti anak yang buang. Nama ayah pula jadi mangsa,” komen @ZiehaJiha.
“Buanglah sampah elok-elok. Ini siap ada nama penuh dengan penyakit apa,” komen @FynaSharif –KOSMO! ONLINE














