fbpx
BEBERAPA jongkong emas dan wang kereta dirampas daripada seorang wanita Malaysia. - Foto Polis Singapura

Wanita Malaysia ditangkap bersama jongkong emas lebih RM600,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

SINGAPURA – Polis Singapura merampas beberapa jongkong emas bernilai kira-kira SGD$200,000 (RM638,000) daripada seorang wanita Malaysia berusia 73 tahun, lapor portal berita VnExpress semalam.

Dia  disyaki terlibat dalam sekurang-kurangnya tiga kes penipuan menyamar sebagai pegawai kerajaan.

Wanita itu ditangkap Isnin minggu lalu selepas seorang kakitangan peruncit emas dan perak, BullionStar, membuat laporan kerana dia berdiri secara mencurigakan di luar kedai mereka di New Bridge Road, demikian menurut kenyataan polis semalam.

Siasatan awal menunjukkan bahawa wanita itu didakwa telah mengutip wang tunai dan emas daripada mangsa-mangsa penipuan di seluruh bandar raya tersebut, kata polis.

Polis turut merampas SGD$200 (RM638) dalam bentuk tunai daripada suspek. 

Siasatan terhadap suspek masih dijalankan. – AGENSI

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN