fbpx
TANG JIE dan Ee Wei perlu lebih tenang menyerap tekanan berdepan wakil tuan rumah yang mendapat sokongan peminat tempatan. - AFP

Tiada laluan mudah buat juara dunia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

BEREGU campuran No. 1 negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei dijangka turun sebagai pilihan utama menjelang temasya Sukan SEA 2025 yang akan berlangsung di Bangkok, Thailand bermula 9 hingga 20 Disember depan.

Status sebagai juara dunia pastinya menjadikan gandingan No. 3 dunia itu sebagai sasaran utama beregu-beregu lain, termasuk pasangan tuan rumah, Dechaol Puavaranukroh-Supissara Paewsampran.

Justeru, ketua jurulatih beregu campuran negara, Nova Widianto menggesa kedua-dua anak buahnya itu supaya melakukan persiapan rapi selain kekal dengan sasaran membawa pulang pingat emas bagi acara tersebut.

“Peluang (pingat emas) itu memang ada kerana ini adalah Sukan SEA, tetapi ia tidak mudah, jadi perlu bersedia sepenuhnya. Di sana nanti ada Dechapol-Supissara selain beberapa beregu Indonesia juga.

“Oleh itu, persiapan perlu dibuat sebaik-baiknya tetapi sasaran kita masih sama, iaitu mendapatkan pingat emas bagi Tang Jie dan Ee Wei. Bagaimanapun, ia bukan perkara mudah,” katanya.

Sebagai rekod, kali terakhir Malaysia memenangi pingat emas dalam sukan badminton pada temasya dwitahunan itu adalah menerusi gandingan beregu campuran, Tang Jie-Peck Yen Wei ketika edisi 2021 di Vietnam.

Sementara itu, Nova juga tetap berwaspada dengan kemampuan Dechapol-Supissara memandangkan mereka memiliki kelebihan dari segi motivasi kerana bakal menerima sokongan padu daripada penyokong sendiri.

“Mereka nanti akan bermain sebagai tuan rumah, jadi mungkin ada kelebihan untuk mereka tetapi kita harap tekanan mereka juga tinggi. Bagi saya, kita juga ada peluang seimbang untuk menang,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN