PETALING JAYA – Fenomena ribut tropika yang berada di Tenggara Da Nang, Vietnam mencatatkan pergerakan hampir pegun dengan kelajuan angin maksimum 65 kilometer per jam (km/j).
Menurut Jabatan Meteorologi (MetMalaysia), ribut tersebut dilaporkan berada di Latitud 14.7 Utara san Longitud 111.6 Timur.
“Ribut tropika yang berada kira-kira 1036 kilometer ke Barat Laut Kudat, Sabah menunjukkan tiada kesan signifikan terhadap negara.
“Bagaimanapun, kedudukan ribut tropika itu dilaporkan tiada kesan signifikan terhadap Malaysia,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Orang ramai dinasihatkan terus mendapatkan maklumat cuaca terkini melalui portal rasmi MetMalaysia, aplikasi mudah alih myCuaca, media sosial rasmi dan talian hotline 1-300-22-1638. –KOSMO! ONLINE














