fbpx
Pantun Ikmal Hisham cetus kekecohan di Dewan Rakyat hari ini.

[VIDEO] Pantun Tanah Merah bikin Dewan Rakyat panas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Sidang Dewan Rakyat hari ini kecoh susulan pantun berkaitan Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah yang dibacakan Ikmal Hisham Abdul Aziz (PN-Tanah Merah).

Pantun tersebut kemudian menyebabkan pertikaman lidah di antara beberapa wakil rakyat kerajaan dan pembangkang.

“Hajiji jadi ketua menteri lagi, menang kerusi tak sampai 30, DAP Sabah bungkus sehingga gigit jari, soalan saya nombor 10,” kata Ikmal Hisham.

Ahli Parlimen Kota Melaka, Khoo Poay Tiong (PH) kemudian terus bangkit dan membidas pantun berkenaan.

“Bersatu sama juga, bertanding 33 kerusi (DUN),30 kerusi hilang deposit terus,” katanya.

RSN Rayer (PH-Jelutong) turut bangun menegur Ikmal Hashim dan menyatakan bahawa pantun sedemikian tidak wajar dibacakan.

Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Ramli Mohd Nor kemudian memberi amaran kepada ahli Parlimen bahawa mereka berisiko digantung daripada menghadiri persidangan jika melanggar Peraturan Mesyuarat.

“Seorang ahli tidak boleh bercakap sehingga dipanggil pengerusi. Hukuman dalam tangan saya 10 hari dan jika saya tidak berpuas hati, akan bawa ke jawatankuasa (Hak dan Parlimen) selama enam bulan.

“Ini amaran terakhir, saya akan jatuhkan pertuduhan, saya akan tegas kerana tidak mahu Dewan ini menjadi satu tempat yang tidak laksanakan tanggungjawab dengan baik,” katanya.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI