KUALA LUMPUR – NH telah melancarkan inovasi terbaharunya iaitu NH Nutrio Gold, produk minuman pemakanan lengkap yang bersesuaian kepada kumpulan pelanggan yang berusia 25 tahun ke atas yang mahu mengekalkan kecergasan diri setiap hari.
Produk yang diformulasikan berdasarkan nutrisi berasaskan sains yang sedap diminum itu bakal mendapat tempat dalam kalangan pelanggan yang mahukan produk minuman pemakanan lengkap berasaskan tumbuhan dan seimbang.
Menurut kenyataan NH, minuman tersebut yang berkonsepkan “7 Khasiat, Cukup Satu” dapat memenuhi keperluan gaya hidup moden masyarakat yang sibuk tetapi mudah, tanpa kerumitan dan semuanya terdapat dalam satu minuman.
“Tujuh manfaat utamanya termasuklah kekuatan otot, kesihatan tulang, kesihatan penghadaman, kecergasan kognitif, kesihatan mata, kesejahteraan jantung,serta sokongan nutrisi harian dengan 28 vitamin dan mineral penting,” jelas NH dalam satu kenyataan yang diedarkan bersempena majlis pelancaran produk minuman tersebut di Arena Watsons di sini baru-baru ini.
Pelancaran ini menandakan satu pencapaian penting bagi NH dalam usaha berterusannya untuk membekalkan nutrisi berasaskan sains dan memperkasakan perjalanan
kesihatan harian pengguna.
Produk minuman ini juga memiliki aroma vanila NH Nutrio Gold yang memikat dan tekstur yang menyenangkan, menjadikannya minuman yang enak dinikmati setiap hari.
Selain itu, terdapat juga sukrosa tambahan, hanya mengandungi gula semula jadi rendah GI (Indeks Glisemik),
yang mana sesuai untuk penghidap diabetes atau mereka yang ingin mengawal pengambilan gula.
Minuman ini juga bebas daripada pewarna tiruan dan bahan pengawet, sesuai untuk pengambilan harian tanpa bebanan. -KOSMO! ONLINE














